Solat Sunat Gerhana
Bismillah-hir-Rahman-nir-Rahim
 
 Solat Sunat Gerhana
 
 Gerhana terbahagi kepada dua iaitu gerhana bulan dan gerhana matahari. 
Gerhana ini merupakan tanda kekuasaan Allah S.W.T. bukan disebabkan 
apa-apa munasabah. Contoh sebagaimana yang telah berlaku pada Zaman 
Rasulullah s.a.w apabila anak baginda yang bernama Ibrahim telah 
meninggal, kebetulan ketika itu berlakunya gerhana Matahari, maka 
orang-orang ketika itu menyangka berlakunya gerhana Matahari ini disebabkan kematian Ibrahim. Maka Nabi s.a.w bersabda :
 
 "إن الشمس والقمر آيتان من آيات الله لا ينكسفان لموت أحد ولا لحياته فإذا
 رأيتموهما فادعوا الله وصلوا حتى ينكشف ما بكم ". (رواه البخاري ومسلم)
 
 Maksudnya : "Sesungguhnya matahari dan bulan keduanya menjadi bukti 
adanya Tuhan dan kekuasaan-Nya. Keduanya gerhana bukan kerana matinya 
seseorang dan tidak pula kerana hidupnya seseorang, maka apabila kamu 
mengetahui keduanya gerhana, hendaklah kamu berdoa kepada Allah, dan 
solat sehingga habis gerhana itu."
 
 CARANYA :
 Solat gerhana 
ini boleh dilakukan secara berseorang atau secara berjemaah dan 
sebaiknya dilakukan secara berjemaah. Solat Gerhana mengandungi 2 
rakaat, 4 al-Fatihah, 4 rukuk, dan 4 sujud. Iaitu seperti berikut :
 
 Rakaat pertama :
 
 Niat solat Gerhana, Takbir.
 Baca Al-Fatihah dan surah.
 rukuk.
 I'tidal,
 Baca Al-Fatihah dan surah.
 rukuk.
 I'tidal.
 Sujud dan seterusnya seperti solat biasa.
 Rakaat kedua :
 
 Sama seperti rakaat pertama.
 
 NIAT
 
 الخُسُوْفِ: Gerhana Bulan
 
 الكُسُوْف : Gerhana Matahari
 
 أُصَلِّي سُنَّةَ الخُسُوْفِ / الكُسُوْفِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى
 
 Maksudnya : Sahaja aku menunaikan solat gerhana (Bulan / Matahari) 2 rakaat kerana Allah Taala.
 
 
 
          
      
 
  
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment