Wahai Adamku...
Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok. Jadi,
tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan
darimu tatkala aku sentiasa mahu terpesong dari landasan... kerana aku
buruan syaitan.
Adam... Maha suci Allah yang mentakdirkan
kaumku lebih ramai bilangannnya dari kaummu di akhir zaman, itulah
sebenarnya ketelitian Allah dalam urusan-Nya. Jika bilangan kaummu
mengatasi kaumku nescaya merahlah dunia kerana darah manusia, kacau
bilaulah suasana kerana Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa. Buktinya
cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil sehinggalah pada zaman
cucu-cicitnya. Pun jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah
yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu tapi tidak lebih dari
empat pada satu waktu.
Adam...
Bukan kerana ramainya
isterimu yang membimbangkan aku. Bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang
merunsingkan aku. Tetapi... aku risau, gundah gulana menyaksikan
tingkahmu. Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku mesti tunduk ketika
menjadi isterimu. Namun... terasa berat pula untukku menyatakan isi
perkara.
Adam...
Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat
yang menyatakan kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita. Kau
diberi amanah untuk mendidik aku. Kau diberi tanggungjawab untuk menjaga
aku, memerhati dan mengawasi aku agar sentiasa di dalam redha Tuhanku
dan Tuhanmu.
Tapi Adam, nyata dan rata-rata apa yang sudah
terjadi pada kaumku kini. Kami dibiarkan terumbang-ambing tanpa haluan,
malahan engkau juga mengambil kesempatan atas kelemahanku. Dimana
perginya keadilanmu?
Asalnya Allah menghendaki aku tinggal
tetap di rumah. Aku akur asalkan aku keluar dari rumah, seluruh tubuhku
mesti ditutup dari hujung kaki sampai hujung rambut... tetapi realitinya
kini, Hawa telah lebih dari sepatutnya.
Adam..
Mengapa kau biarkan aku begini?
Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu?
Apakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku?
Adakah akhlak kaum Adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?
Adam...
Kau sebenarnya Imam dan aku adalah makmummu. Aku adalah pengikutmu kerana kau adalah ketuaku.
Jika kau benar, maka benarlah aku. Jika kau lalai, lalailah aku.
Kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu. Akalmu sembilan, nafsumu satu. Aku? Akalku satu, nafsuku sembilan.
Oleh itu Adam...pimpinlah, bimbinglah aku kerana aku sering lupa, lalai
dan alpa sehingga aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan
kuncu-kuncunya.
Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah.
Perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari Tuhanmu agar menerangi hidupku.
Tiuplah ruh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi mujahidah kekasih
Allah.
Adam...
Andainya kau masih lalai dan alpa dengan
karenahmu sendiri, masih segan mengikut langkah para sahabat, masih
gentar mencegar munkar, maka kita tunggu dan lihatlah, dunia ini akan
hancur bila kaumku yang akan memerintah. Malulah engkau Adam, malulah
engkau pada dirimu sendiri dan pada Tuhanmu yang Agung.
Maafkan aku sekali lagi Adam...
Andainya warkah yang ku layangkan ini menimbulkan amarah di dadamu.
Jauh sekali niatku untuk membuat kau keliru apatah lagi menjadi buntu.
Waspadalah Adam...
Andai auratku terdedah...andai suaraku mengatasimu... andai langkah
seiringmu...andai maruahku dirobek maka engkaulah yang bakal membawaku
kepada kebenaran.
Usah dipersalahkan Hawa lantaran tewas mengemudi bahtera andai si Adam masih lena diulit mimpi...
Tetapi percayalah!!! Bukan emas yang kucari...bukan berlian yang kupinta... tetapi...hanyalah hati yang tulus ikhlas darimu...
Adam...
Dengarlah...keluhan hatiku buat dirimu...
Ikhlas dari Hawa abad ini...
iluvislam
No comments:
Post a Comment