Wednesday, December 14, 2011

KHILAF SEORANG HAMBA

Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ¨¯`♥ KHILAF SEORANG HAMBA ♥¨¯`Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ

✿.。.:*♪♫•*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*•♫♪•.¸¸.•´¯`•. ❤.•´¯`•.¸¸.•✿.。.:*¨*•.¸¸❤

"¯`♥✿ Kita semua ada kelemahan dan pernah buat salah. Maka tidak salah kita mengakuinya dan sedar akan dosa-dosa yang kita himpun. Tidak ada orang yang sempurna.

"¯`♥✿ Orang yang mahu belajar dari kesalahan adalah orang yang bijaksana.Yang menyedihkan adalah orang yang berterusan melakukan dosa
walaupun telah diperingatkan dan dinasihati.

"¯`♥✿ Peringatan dan nasihat baginya akan menyakitkan hatinya.Kerana dia merasakan dirinya tidak bersalah dan tidak berdosa.

"¯`♥✿ Dosa ibarat ular sawa, perlahan-lahan membelit diri kita. Begitulah yang berlaku pada diri yang ambil mudah dengan dosa.

"¯`♥✿ Merendah dirilah pada Allah SWT. Kita bertanggungjawab atas apa yang kita lakukan, janganlah lagi kita sibuk menyalahkan orang lain semata-mata mahu menutup kesalahan dan dosa diri kita sendiri. Ingatlah setiap yang kita perbuat akan dibentangkan kelak di hari Akhirat. Firman Allah SWT:

"¯`♥✿ “Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat); dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. Dan janganlah kamu seperti orang-orang yang lupa kepada Allah, lalu Allah menjadikan mereka lupa kepada mereka sendiri. Mereka itulah orang-orang yang fasik.” (al-Hasyr: 18 – 19)

"¯`♥✿ Maka bersegeralah kita kembali kepada Allah. Jangan berlengah lagi dan janganlah berputus asa kerana sesungguhnya Allah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Firman Allah SWT:

"¯`♥✿ “Katakanlah: "Hai hamba-hamba-Ku yang malampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (az-Zumar: 53)

✿.。.:*♪♫•*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*•♫♪•.¸¸.•´¯`•. ❤.•´¯`•.¸¸.•✿.。.:*¨*•.¸¸❤

No comments:

Post a Comment