Kita
memang sedia maklum tentang senaman. Dengan bersenam, anda mampu
membakar kalori dengan lebih baik dan menjadikan diri anda lebih sihat.
Namun begitu, adakah anda merasakan tidak mempunyai masa yang cukup
untuk melakukan senaman setiap hari? Ia sebenarnya tidaklah sesukar anda
bayangkan. Apa kata anda mencuba tip di bawah ini :
1.Bangun
dari tidur 30 minit lebih awal, tarik nafas sedalam-dalamnya. Rasai
nikmat anugerah Tuhan di sekeliling anda. Jalanlah di persekitaran rumah
anda untuk menikmati udara pagi dengan penuh ketenangan. Di samping itu
anda boleh melakukan sedikit aktiviti regangan.
2.Kereta
anda kotor? Jangan terus membawanya ke kedai, bersihkan sendiri kereta
anda. Ini bukan sahaja menyihatkan badan malah mampu menjimatkan wanng!
3.Jika
anda tinggal di kondominium atau pangsapuri, sudah tentunya anda
menggunakan lif untuk sampai ke rumah anda. Apa kata anda mengubah
situasi ini. Gunakan tangga. Anda tidak semestinya naik menggunakan
tangga sepenuhnya tetapi anda boleh menaiki lif separuh perjalanan
sahaja. Ini merupakan senaman yang baik untuk jantung, membakar kalori
dan membina otot.
4.Letakkan
kereta di tempat agak jauh daripada tempat yang ingin ditujui. Ini akan
menyebabkan anda berjalan untuk sampai ke destinasi tersebut. Dengan
cara ini, anda telah melakukan sedikit senaman.
5.Jangan
hanya duduk sepanjang masa di pejabat. Anda boleh berjalan di
sekeliling bangunan tempat kerja anda ketika waktu makan tengah hari
atau masa rehat. Ini akan membantu bakar kalori berbanding jika anda
duduk menikmati snek semata-mata.
6.Ketika
berada di rumah, bermainlah sepuas-puasnya dengan anak anda atau pun
binatang peliharaan anda. Ini juga merupakan salah satu cara untuk
mengeluarkan peluh.
7.Sebelum
dan selepas maka, dukunglah bayi anda, jangan guna “stroller”. Ini
bukan sahaja dapat membantu membakar kalori anda, malah ia juga akan
merapatkan kasih sayang anda dengannya.
8.Anda
juga boleh melakukan aktiviti berkebun di rumah anda. Tanamlah pokok
bunga yang anda sukai. Ataupun, anda boleh juga menanam sayur-sayuran,
ulam-ulaman atau buah-buahan. Anda bukan sahaja dapat memakan hasil
tersebut, malah anda juga akan menjadi semakin sihat.
9.Berbasikal
jika ingin pergi ke rumah rakan anda (untuk kawasan yang berhampiran
rumah anda). Anda bukan sahaja dapat menikmati udara segar di
sekeliling, malah dapat mengeluarkan peluh. Lakukan aktiviti ini pada
waktu petang. Tentu menarik, bukan?
10.Semasa
menonton tv, anda tidak semestinya terpaku di kaca tv sahaja sambil
menikmati makanan ringan. Harus diingat, makanan ringan akan
meningkatkan risiko anda untuk mendapat penyakit. Sebaliknya, anda boleh
melakukan kerja rumah seperti menyapu sampah, mencuci lantai atau
mencuci perabut di rumah anda.
11.Amalan
membersih tingkap, permaidani, ruang tamu dan sebagainya juga membantu
membakar kalori anda. Oleh itu, lakukan amalan ini setiap hari.
12.Anda
juga boleh memasak sendiri di rumah. Untuk mengadun doh roti misalnya,
lakukan sendiri dengan menggunakan tangan, jangan menggunakan alat
pengadun. Anda bukan sahaja menyediakan makanan yang bersih dan sihat
untuk keluarga anda, malah rasa makanan tentunya lebih mengikut citarasa
dan selera anda. Tentunya anda akan berpuas hati apabila mendapat
pujian daripada ahli keluarga kelak.
13.Rancang
aktiviti hari minggu anda bersama keluarga. Tidak semestinya pergi ke
pantai atau keluar berjalan-jalan, sebaliknya anda boleh lakukan sesuatu
di rumah misalnya membersihkan kawasan rumah bersama-sama ahli keluarga
anda. Tentunya amat seronok bersama-sama melakukan aktiviti ini, di
samping itu tekankan pentingnya menjaga kebersihan kepada anak-anak. Ini
sudah pasti akan mengeratkan hubungan sesama ahli keluarga anda.
14.
Jika anda memiliki alat senaman di rumah, jangan berlengah lagi! Anda
boleh membaca bacaan ringan di samping melakukan senaman dengan
menggunakan alat senaman ini. In tentunya menjadikan anda lebih tenang.
Sudah temui cara melakukan senaman yang ringkas? Ubahlah gaya hidup anda hari ini. Lalui hidup anda dengan penuh keceriaan…
No comments:
Post a Comment