Monday, November 21, 2011

:: The Words Of LOVE ::



~Atas nama cinta~

Izinkan aku menyintaimu dengan caraku sendiri
Walaupun aku tahu kita tidak mungkin saling memiliki
Kerana aku bagaikan rembulan yang cahayaku sebenarnya
Datang darimu wahai matahariku
Aku amat mengagumimu walaupun kau pernah berkata
"cinta itu tetap milik kita"
Lewat di sepanjang pertemuan-pertemuan kita

Bersama kekuatan langkahku
Ku biarkan cinta itu bercambah terus berputik
Bersama langkah ini jua ku biarkan cinta itu membahagiakanku
Takkan pernah aku menyakiti cinta itu
Biarpun kita takkan bersatu

Ku harap kau takkan bersedih
Aku minta jangan terus mengharapkan aku
Telah ku terima segala takdirNya dengan seikhlas hati
Kenangilah waktu-waktu indah kita
Jangan pernah kau melupainya kerana kita bukan pendusta cinta
Hanya kita sama-sama tidak saling memiliki cinta itu

Atas nama cinta aku telah berjanji
Aku akan tetap menyintai cinta walaupun payah
Aku takkan pernah menyeksa cinta
Padaku cinta itu memang indah
Tanpa cinta sebenarnya aku takkan pernah sempurna
Biarpun hari-hariku rapuh tak mudah untukku mengalah

Izinkan aku untuk terus menyintai
Sehingga waktu dan keadaan yang menentukannya
Semoga kau tahu tak semua cinta akan bersatu...

No comments:

Post a Comment