Saturday, November 26, 2011

:: S A L A M M A A L H I J R A H ::


Salam Ma'al Hijrah

Alhamdulillah, kita masih diberi peluang dan kesempatan oleh Allah SWT kerana diberi nafas dan nikmat untuk sama-sama menyambut kedatangan awal Muharam tahun 1433 Hijriah pada kali ini. Di kesempatan ini saya mengucapkan Salam Hijrah pada semua sahabat² muslimin dan muslimat. Semoga dengan kedatangan tahun baru ini, kita semua dapat mengambil pelbagai iktibar serta contoh tauladan dari peristiwa hijrah Rasulullah SAW sebagai panduan kehidupan kita bagi keperluan hari² yang mendatang.
1st Muharram 1433 atau dikenali “Maal Hijrah”.
Justeru itu, Selamat Tahun Baru kepada semua kaum muslimin. Happy Islamic New Year!
Semoga tahun baru ini kita semua mendapat lebih kerberkatan dan dilimpahi rezeki-rezeki yang halal dari Rabbil `Alamin serta mendapat kejayaan yang cemerlang pada tahun ini. InsyaAllah.
Pengertian Awal Muharram
Hari Awal Muharram atau Hari Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan dua peristiwa penting berlaku dalam sejarah Islam.
Pertama: Memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Mekkah ke Madinah pada tahun 622 masihi, dan
Kedua: Ia merupakan hari keagamaan di mana umat Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negeri.
Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan hari cuti umum di Malaysia dan merupakan permulaan tahun hijrah bagi umat Islam.

No comments:

Post a Comment